Kota Lama Jerusalem (bahasa Arab: البلدة القديمة, al-Balda al-Qadimah; bahasa Ibrani: העיר העתיקה, HaIr HaAtika; Inggeris: The Old City of Jerusalem) ialah kota tua seluar 0.9 kilometer persegi yang dikelilingi oleh tembok yang berada dalam kawasan Jerusalem Timur, di kota Baitulmuqaddis. Daerah kota tua Jerusalem terbahagi dalam empat wilayah iaitu Perkampungan Islam, Perkampungan Yahudi, Perkampungan Kristian dan Perkampungan Armenia (kebanyakannya beragama Kristian).
Di dalam Kota Lama ini terdapat banyak tapak-tapak suci peninggalan sejarah umat Muslim, Kristian (Nasrani) dan Yahudi. Di sudut tenggara Jerusalem Lama ini terdapatnya Kompleks Al Haram Al Sharif yang di dalamnya terdapat Qubbat As-Sakhrah dan Masjid Al-Aqsa dan pada satu sudut masjid tersebut terdapat Tembok Meratap. Di sebelah barat pula terdapat Church of the Holy Sepulchre.
Abdullah ibn Umar, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, ahli hadis dan hukum fiqh mengatakan:
- "Baitul Maqdis adalah tempat para Nabi dan berkumpulnya mereka untuk beribadah. Tidak ada sejengkalpun tanah di tempat itu yang tidak dipakai untuk bersembahyang oleh para Nabi, Rasul atau para Malaikat".
No comments:
Post a Comment