ORANG Melayu yang beragama Islam mesti berwaspada dan hendaklah selalu mengingatkan diri betapa bahayanya mainan Yahudi terhadap umat Islam. Lihatlah negara dan rakyat Palestin bertahun-tahun menderita akibat kekejaman Yahudi.
 Sebab itu apabila akhbar Israel Jerusalem Post meramalkan Penasihat Parti  Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri  Malaysia (Anwar Ibrahim: Malaysia‘s Future Prime Minister), saya bukan gusar  Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi saya risau jika negara kita diperalatkan  Yahudi.
Biasalah kerja akhbar membuat ramalan seperti itu. DAP pun buat ramalan  yang sama: “Anwar Prime Minister in the making.” Tetapi yang menimbulkan musykil  kenapa daripada beribu-ribu akhbar di dunia, akhbar Yahudi saja yang membuat  ramalan? Mengapa daripada sekian banyak pemimpin di dunia, hanya Anwar yang  menarik minatnya?Israel sendiri tahu Malaysia adalah salah satu negara Islam yang lantang  menentang keras pencerobohan dan penindasan yang dilakukannya ke atas negara dan  penduduk Palestin. Apakah dengan membuat ramalan itu sebagai satu daripada cara  Yahudi memanipulasi keadaan untuk kepentingannya?
Kita ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku? Apakah ada udang di sebalik  batu? Kita harap PKR atau Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan  pendiriannya.
Mungkin mereka akan mengatakan itu adalah kebebasan akhbar. Walaupun alasan  itu betul tetapi dalam masa yang sama ia tidak semestinya mengorbankan prinsip.  
Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah negara super power di dunia boleh  tunduk kepada Israel, inikan pula sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak  mustahil boleh tertiarap di kaki Israel. Yahudi menguasai politik AS bukan baru.  Kesemua presidennya mengikut telunjuk Israel. Mereka yang tidak mengikut  kemahuan Israel tidak akan dapat bertahan lama sebagai Presiden AS.
Bagi orang Islam Yahudi tetap musuh Islam. Allah S.W.T. memberi penegasan  jelas di dalam al-Quran mengenai Yahudi. Jangan hanya kerana kepentingan politik  kita tidak mempedulikannya.
Kalaulah ramalan akhbar Israel itu menjadi kenyataan pasti seluruh Malaysia  akan memuji ramalan Yahudi itu betul. Dan akhbar Yahudi akan membuat  pengiktirafan. Mungkin dalam sejarah Islam, inilah satu-satunya pemimpin yang  diiktiraf oleh Yahudi.
Semua orang tahu, Islam mengajar umatnya perlu bijak memilih kawan. Kita  boleh berkawan dengan orang kafir, tetapi kafir yang bagaimana? Ini perintah  Tuhan. 
Pilihlah kafir yang bersedia untuk bertolak ansur dengan kita. Islam  menghalang kita memilih orang kafir menjadi pemimpin kita.
Saya harap andaian saya ini hanyalah satu khayalan. Ini kerana saya  berpegang kepada ajaran Islam bahawa Yahudi tetap Yahudi. Sebaik mana pun mereka  adalah musuh Islam, bangsa yang dilaknati Tuhan. Saya tidak terfikir ada orang  Islam sanggup menggadai maruahnya kepada Yahudi.
Sebenarnya saya masih musykil mengapa akhbar Israel tiba-tiba begitu  berminat dengan hal ehwal Malaysia? Saya harap kita tidak tertipu dengan mainan  Yahudi. Saya harap Pas patut memberi ulasan mengenainya.
Dalam hal ini pemimpin ulama patut memberi nasihat yang betul kepada Anwar.  Malah Pas patut memperbetulkan pendiriannya apabila menerima DAP dalam Pakatan  Rakyat. Saya tidak perlu menghurai atau memperjelaskan siapa DAP.
Semua orang tahu.
Orang Yahudi sedang menunggu saat untuk bertepuk tangan melihat sebuah  kerajaan pimpinan orang Islam jatuh di kaki bangsanya sendiri. Mungkin ketika  itu orang Melayu akan turut bersorak-sorai memuji, betullah apa yang diramalkan  oleh akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Semoga kita tidak menang sorak, kampung  tergadai.
 
  
